Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5
darjah celcius berbanding dengan suhu normal badan manusia kira-kira 37.0
darjah celcius.
Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit
kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan
nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah,
kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.
Gejala
tersebut akan mengundang komplikasi kepada
sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa
kematian. Makanya, ia amat berbahaya kepada semua golongan manusia terutamanya
bayi dan kanak-kanak.
Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan
suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh
menyebabkan strok haba.
Oleh itu, langkah segera perlu diambil sekiranya
ada individu terkena strok haba iaitu dengan menempatkan pesakit di tempat teduh dan
berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu
ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
Individu tersebut juga boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan
tekanan haba dan menyejukkan badan.
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti
riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak
atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
P/S: Pelihara & sayangilah orang yang kita sayang.....
No comments:
Post a Comment