Daging boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti rebus, goreng, panggang atau apa sahaja. Semuanya sedap bagi mereka yang gemar makan daging merah..
Di sini, saya senaraikan beberapa kebaikan daging merah (copy from Pa&Ma):
Menjaga Kekebalan Tubuh
- Daging merah yang kaya dengan zat besi dapat membantu sistem imun (kekebalan badan) dan dapat menstabilkan stamina dalam badan.
Melindungi Tubuh Dari Jangkitan
- Antibodi yang terkandung di dalam daging merah sangat bermanfaat melindungi tubuh ataupun luka dari jangkitan, terutama daging merah lembu.
Kecerdasan Otak
- Menurut penelitian Organisasi Kesihatan Antarabangsa (WHO), kandungan vitamin B12 yang ada dalam daging merah dapat meningkatkan kecerdasan otak hingga 50 %.
Baik Untuk Kesihatan Kulit
- Mengambil daging merah mengikut keperluan badan dapat menjaga kesihatan kulit, dan dapat mencerahkan bahagian kulit luar anda.
Bagus Untuk Ibu Hamil
- Daging merah sangat bagus kepada ibu hamil kerana dapat membantu proses perkembangan DNA menggunakan protein yang terkandung dalam daging merah.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa daging merah ini tidak boleh dimakan secara kerap.
|
No comments:
Post a Comment