Monday, March 21, 2016

Mencergaskan Akal Melalui Makanan - Part I

Pelbagai tips dan cara yang dapat membantu kita menajamkan akal dan minda. Antaranya adalah melalui pemakanan dan ikhtiar kita secara zahir.. Ia boleh dicuba untuk seisi keluarga kita.. Terutamanya kepada anak-anak yang sedang menuntut ilmu..

Di sini, saya kongsikan bersama-sama ilmu mengenainya.....


Madu Lebah

Dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 68-69, maksudnya:

"Dan Rabbmu mengilhamkan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.’ Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan."

Menurut kajian para doktor pula, madu lebah mengandungi beberapa vitamin dan zat galian penting. Antaranya, vitamin A, B-Komplek, C, E dan juga zat galian seperti kalsium, sulphur, fosforos, zat besi, kabon, magnasium, naterium, kalium, klorin, iodin, kuprum dan silica.

Dengan sering meminum madu, ingatan akan menjadi kuat dan minda menjadi tajam. Insha-Allah...


Halia

Menurut dalam kitab Tajul Muluk: "Sebaik-baik halia ialah halia merah (halia bara). Ia mempunyai khasiat untuk kebaikan urat saraf kerana kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan balgham (lendir-lendiran atau kahak), menguatkan urat saraf, memperbetulkan perjalanan angin dalam tubuh dan menguatkan ingatan."

Untuk menghilangkan penyakit lupa, halia boleh direbus dan diminum airnya. Sebaik-baiknya dicampurkan dengan madu lebah dan diminum suam.


Susu

Firman Allah, surah al-Nahl ayat 66, maksudnya: 

"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

Susu juga dapat menguatkan tulang belakang, mengelokkan otak, meningkatakan kecergasan akal, menajamkan penglihatan dan menghilangkan penyakit lupa.

Sebaik-baik minum susu dicampurkan dengan 7 biji badam dan 21 biji kismis, ia membantu menambahkan tenaga fizikal dan mencergaskan akal.


Kismis 

Terdapat dua jenis kismis iaitu kismis kuning dengan hitam. Maka antara keduanya, kismis kuning adalah lebih baik. Ia baik untuk kerongkong, menghilangkan batuk, menormalkan kandungan air kencing, menguatkan perut dan menyejukkannya.

Elok diamalkan setiap pagi sebelum sarapan dan setiap malam sebelum tidur dalam kiraan ganjil. Ia dapat membantu mencergaskan akal dan minda.



Marilah kita amalkan..^_^


No comments:

Post a Comment