Tuesday, March 22, 2016

Mencergaskan Akal Melalui Makanan - Part II

Sambungan tips serta panduan dalam membantu kita menajamkan akal dan minda bagi seisi keluarga kita...... Insha-Allah


Kasturi

Hadis riwayat Muslim dari Abi Said al-Khudri R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wangi-wangian ialah minyak kasturi."

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh ilmuan Islam, banyak khasiat yang boleh didapati daripada kasturi. Antaranya ialah:-

  • Memberi kekuatan kepada roh
  • Menenangkan jiwa (hati)
  • Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  • Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  • Menghilangkan debaran jantung
  • Menghilangkan sesak nafas
  • Memperkuat organ dalam dan luar tubuh
  • Memanaskan tubuh yang sejuk
  • Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
  • Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  • Menjernihkan mata putih pada mata
  • Memelihara seluruh kesihatan tubuh
  • Dapat melanjutkan usia
  • Menjadikan Allah redha, disukai para Malaikat dan orang soleh
  • Mengusirkan syaitan dan kuncu-kuncunya

Minyak Zaitun

Jika ia dicampurkan dengan garam dan dilumurkan di sebelah belakang kepala boleh menghilangkan sakit kepala. Jika dijadikan sebagai minyak rambut boleh menyejukkan kepala dan memudahkan berfikir perkara-perkara yang berat.


Kurma

Firman Allah dari surah Maryam ayat 25 - 26 maksudnya:

"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu......"

Itulah rentetan daripada kisah Maryam yang diajar untuk memakan buah kurma.

Kurma dapat menguatkan perut, menguatkan hati, menguatkan ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuhkan penyakit dan sebagai makanan yang mengenyangkan.


Buah Badam


Amat terkenal dengan khasiatnya yang dapat mencergaskan akal dan menguatkan ingatan. Di samping itu, buah badam juga boleh mencerahkan mata.

Ia disarankan makan sebanyak 7 biji setiap pagi dan mengambilnya bersama susu.


#Sharing is caring

No comments:

Post a Comment